Jalan Sungai Sam-Dabong dibuka semula
Laluan di KM28.3 Jalan Sungai Sam-Dabong, Kuala Krai yang ditutup sejak 29 Disember lepas akibat mendapan dan membahayakan pengguna, akan dibuka semula mulai pukul 8 pagi Sabtu.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerja pembaikan jalan berkenaan siap dibaiki sepenuhnya hari ini dan disahkan selamat digunakan pengguna jalan raya hari ini.
Kerja pembaikan telah dilaksanakan oleh Jurutera Daerah Kuala Krai bersama syarikat konsesi menggunakan kaedah cerucuk keping, katanya dalam satu kenyataan.
- Bernama
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น